Followers

Friday, December 31, 2010

CERITANYA ORANG MELAYU...!!!

CERITANYA ORANG MELAYU.

DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI

DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI

DULU SEMALAM
ORANG MELAYU
DENGAN TAKDIR ILLAHI
TERKEJUT TERJAGA BAGAI BANGUN DARI MIMPI
ORANG MELAYU BIMBANG TAKUT NGERI
TETAPI ITULAH YANG BENAR ITULAH YANG REALITI
MALAYAN UNION WAJIB DIPERANGI

SAYANGNYA ORANG MELAYU PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA

ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI

HARI BERGANTI HARI
BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN

JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !

SEMUANYA KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !

WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
MENCARUT MENCABUL MENGHAMUN MEMAKI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI

ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI

MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI

KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI MASIH BELUM LAGI SEMPURNA

KINI
ORANG MELAYU
ORANG TUA TELAH TIADA
UNTUK MENEGUR MEMBERI KATA
ORANG TUA BUKANNYA TIADA
TETAPI TELAH BISU PEKAK TAKUT DAN BUTA

WAHAI ORANG TUA, IBUKU BAPAKKU
NASIHAT ATAU TEMPIKKAN SAJA PADA MEREKA !
PADA MEREKA YANG MUDA-MUDA ITU
MANA YANG SOPAN MANA YANG MENJOLOK MATA !
AKAN TAPI ORANG TUA
IBU IBUKU BAPAK BAPAKKU
KINI PEKAK TELINGANYA
BUTA MATANYA
BISU MULUTNYA
KERANA MEREKA JUGA
GUGUR DENGAN KEJAYAAN INI DAN KEMEWAHAN INI !

KERANA MEREKA TERLALU MEMANJAKAN ANAK-ANAK MERDEKA INI
KERANA MEREKA TERLALU MUAKAN ANAK-ANAK MERDEKA INI
KONONNYA CARA IBU BAPA MEREKA DAHULU KOLOT
CARA IBU BAPA MEREKA SUDAH KETINGGALAN ZAMAN
TETAPI MEREKA LUPA ITULAH CARA YANG TELAH MENJADIKAN
MEREKA MENEMPA KEJAYAAN!
MENEMPA KECEMERLANGAN!
MENEMPA KEGEMILANGAN!
MENEMPA KEHORMATAN!

PEPATAH ORANG TUA SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !

ORANG MELAYU
DULU KOSONG PERUTNYA
RINGAN TULANG SENANG DIBAWA BICARA
KINI PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA

ORANG MUDA MULA ALPA
ORANG MUDA MULA LEKA
ORANG MUDA KURANG AJARNYA ENTAH MENGAPA
ADAKAH TELAH BIJAK PANDAI DARI YANG TUA

KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA, MENDERHAKA

HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA JANGAN LUPA
ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI

JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN

INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN

ANDAINYA DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

CORETAN INI TELAH DIHADIAHKAN UNTUK :

YABhg TUN DR. HJ. MAHATHIR BIN MOHAMMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4

AJIJASIN

CATATAN :
JANUARI 2003 – SEPTEMBER 2004.

Sunday, November 21, 2010

PANTUN MEMANTUN DI PESBOK... HEHEHE..

PANTUN PAHANG KEENAM PULUH TIGA...
Orang bergajah dua beranak,
Berhenti penat di Pulau Rusa,
Apa perintah orang banyak,
Asalkan saja perkara bahagia.
Anda, Mohd Shakirin Shakirin, Dangwangi Ahmad Hazmi, Long Sejagat
dan 59 yang lain menyukai perkara ini.
Pantun Pahang ke 63 dari 138,
karya Allahyarham Dato' Zakaria Hitam (Pak Zek). Seorang Budayawan Pahang.....:m

Akhi Firdaus
berdayung sampan ke pulau rusa,
dayung hilang sampan pun hanyut,
perintah tuan sukar di laksana,
bahagia hilang,hidup kelam kabut..

CikPu RosMa WaTie ‎->
hari redup pergi memukat,
pasang jerat sebelah petangnya,
adat hidup saling muafakat,
kerja berat ringan jadinya.

Abdullah Hj Abdul Malek
Orang bergajah dua beranak,
Masuk hutan mencari peria;
Apa perintah orang banyak,
Itu tanda pemimpin mulia.

I ♥ PAHANG
Akhi Firdaus...
Perintah tuan sukar di laksana
Bahagia hilang,hidup kelam kabut
Perintah tidaklah sebesar mana
Laksanakan perlahan-lahan, jangan serabut....:m

I ♥ PAHANG CikPu RosMa WaTie...
Adat hidup saling muafakat
Kerja berat ringan jadinya
Bertolak ansur mendatangkan berkat
Semoga hidup aman selamanya....:m

Nornazuin Mat Said
Orang bergajah dua beranak,
berhenti penat di pulau rusa,
sudah dibaja kasihnye si anak,
tiada balasan sesudah dewasa...

Akhi Firdaus
kerja berat ringan jadinya,
gotong royong amalan mulia,
hidup muafakat xperlu ditanya,
sentiasa menolong sesama manusia.

CikPu RosMa WaTie ‎->
dayung patah mudik ke hulu,
sampan kolek tambat di jeti,
jika diperintah kajilah dulu,
apa yang molek kita turuti.

I ♥ PAHANG Abdullah Hj Abdul Malek...
Apa perintah orang banyak
Itu tanda pemimpin mulia
Orang bawahan jangan dilanyak
Kelak negeri tidak terselia......:m

Abdullah Hj Abdul Malek
orang bergajah berdua beranak,
meredah hutan ke kaki gunung;
jangan di sesal besarkan anak,
berserah Allah Yg Maha Agung.

CikPu RosMa WaTie ‎->
orang di desa berpadi huma,
menjual dagangan orang di kota,
hidup sentosa impian bersama,
saling bergandingan sama sekata,

Akhi Firdaus
perintah mereka wajib di ikut,
sudah sebati di dalam jiwa,
macam mana hidup tak serabut,
perintah di beri menindas bangsa.. (^_^)'

I ♥ PAHANG Nornazuin Mat Said...
Sudah dibaja kasihnya si anak
Tiada balasan sesudah dewasa
Semoga berubah perangai si anak
Hargai pengorbanan setiap masa.......:m

Puteh Samad
Masuk ke hutan pergi memburu,
Pergi memburu kawanan rusa,
Elakkan sikap terburu-buru,
Kelak selamat tidak binasa....

Abdullah Hj Abdul Malek
orang bergajah berdua beranak,
meranduk sungai habis basah;
lupakan ibu oleh si anak,
manjanya tak pernah kena belasah.

Fatimah Sidek
dayung patah mudik ke hulu
sampan kolek tambat di jeti
biar kita susah dahulu
asalkan perjuangan kita diberkati

Wari Abd Aziz Rhodong
orang bergajah dua beranak,
berhenti penat di Pulau Rusa,
kasih sayang mak ayah bagai nak rak,
dah besor xingat jasa..

Fatimah Sidek
orang bawahan jangan dilanyak
kelak negeri tidak terselia
terima kasih la banyak banyak
atas ikhsan budi yang mulia

Wari Abd Aziz Rhodong
org bergajah dua beranak,
berhenti penat di Pulau Rusa,
jgn ikut resmi katak,
xtahu pun dunia bersengketa..

CikPu RosMa WaTie ‎->
air surut jaring disangkut,
anak teruna pergi ke hulu,
janganlah menurut kerana takut,
kita melaksana apa yang perlu.

I ♥ PAHANG ‎.........
Orang bergajah dua beranak
Berhenti penat di Pulau Rusa
Memberi perintah memanglah enak
Tapi yang melaksana terasa siksa........:m

Akhi Firdaus
kita melaksana apa yang perlu,
perintah agama paling utama,
dimana-mana ingatlah yang Satu,
undang-undangNya kerjakanlah bersama.

CikPu RosMa WaTie ‎->
pagi dinihari beransur cerah,
bangkit dari peraduan turun ke tanah,
perintah diberi bukan mengarah,
sebagai panduan menjalankan amanah.

Fatimah Sidek
jangan menurut kerana takut
kita melaksana apa yg perlu
apa yang elok kita ikut
tapi jangan buta melulu

Yang Marisa
janganlah diperintah ikut suka
janganlah juga mengikut tanpa usul periksa
doa pada yang Esa
Pahang darul makmur sentiasa..

...mmm... mmmm..... bole la kot~ hu3.....

I ♥ PAHANG CikPu RosMa WaTie..
Perintah diberi bukan mengarah
Sebagai panduan menjalankan amanah
Jangalah perintah bersulam amarah
Nanti dilaksana dengan sumpah seranah.....:m

Abdullah Hj Abdul Malek
orang bergajah meredah hutan,
meredah hutan mencari rumia;
apa di hairan perangai orang atasan,
dah itu resam dunia.

...meredah hutan mencari rumia,
rumia tumbuh tepi sungai;
banyak yg perangai lupa asalnya,
lupa akhirat kejar dunia.

CikPu RosMa WaTie ‎->
bukan pemarah tapi peramah,
mampu bertahan lagi bijaksana,
bila mengarah biarlah berhemah,
agar arahan berjaya terlaksana.

Yang Marisa
bahagia dinanti sentiasa
x kira pemimpin ataupn rakyat jelata
adil saksama dlm bekerja
biar semua rase terpelihara,...

...mmm.... =)

MohdIzwan MdYusof
Orang bergajah dua beranak,
Berhenti penat di Pulau Rusa,
kenapa kita suka berantak,
sebab mulut badan binasa.

...sopan santun awal bicara,
budaya melayu bukan saja sejarah,
hendaklah diturut perintah yg mulia,
perintah yg zalim lagikan disanggah,
dan jikalau kita sayangkan negara,
eloklah pemimpin elakkan dari bercanggah.

MohdIzwan MdYusof YANG MARRISA,
adil saksama dlm bekerja,
biar semua rase terpelihara,
jikalau bos sudah adil memelihara,
kenape waktu bekerja, facebook dilayan juga??.........hihihi

Fatimah Sidek
janganlah perintah bersulam amarah
nanti dilaksana dengan sumpah seranah
ramai tak suka dikerah diarah
jangan sampai menjadi fitnah

MohdIzwan MdYusof PFS,
ramai tak suka dikerah diarah,
apatah lagi menabur fitnah,
bukannya kami pekerja nk marah-marah,
hutang banyak, gaji lambat kami la yang parah.

Abdullah Hj Abdul Malek
kayu rasuk papan ditarah,
kayu berlian tiang seri;
kalau tak suka dikerah diarah,
jadi tuan diri sendiri.

MohdIzwan MdYusofAHAM,
rasuk ditarah si tukang kayu,
tiang seri dipacak doa pun dimula,
hendak jadi tuan sendiri, muka xmalu,
seluar dalam sendiri pun org lain yg jaga.

Fatimah Sidek
pandu cermat jiwa selamat
etika kita di jalan raya
facebook dilayan mencari maklumat
kerja seronok misi berjaya

Abdullah Hj Abdul Malek
Fatimah anak Pak Sidek,
Jalan ke pekan bersama kawan;
Kalau tokey tengking herdik,
senyum aje jangan melawan.

Jazz Roll
ikan patindimasak kari,
ikan darat enak rasanya,
perintah manusia bleh lg diingkari,
tp jgn perintah Allah dan rasulNya...

Fatimah Sidek
dari pagi sampai ke petang
mencari lokan dan juga umbut
jangan amalkan ska berhutang
hati tak tenang,fikiran serabut

MohdIzwan MdYusof
PFS, facebook dilayan mencari maklumat,
kerja seronok misi berjaya,
kalau la semua akalnye berkhidmat,
tiadalah berlaku cemburu disini sana.
(byk laki bini gaduh pasal fb nihh hihiihii).......

Yang Marisa
kadang diri tersalah langkah
tp skrg sudah terasa silapnya
harap xkn diulang semula yg salah
kembali bekerja tekun penuh jaya~

...bole x MIMY???Lihat seterusnya..

MohdIzwan MdYusof
dari pagi sampai ke petang
mencari lokan dan juga umbut
sedaya upaya nak elakkan berhutang
tapi keperluan hidup & kluarga perlu diturut.

MohdIzwan MdYusof
YM, harap xkn diulang kesalahannya
kembalilah bekerja penuh tekun & jaya,
walau facebook byk khilafnya,
time kasih kerna, di situ jua lah kita bersua.

Abdullah Hj Abdul Malek hehehe... ada le pulak sulauo dalam...
kayu rasuk papan bertarah,
tingkap berdaun siap berlangsir;
jangan segan jangan la marah,
sulauo dalam org rumah dibuat langsir.

MohdIzwan MdYusof alahaiiii AHAM...
papan ditarah si tukang kayu,
orangnye segak rambutnya disisir,
hai orang rumah manalah yg malang itu,
habis seluou dalam pun dibuatnyer langsir !........
besor ya amat ! ....hahahahaha

Yang Marisa
Orang bergajah dua beranak,
Berhenti penat di Pulau Rusa,
dlm idup kne pandai pilih apa kehendak,
krn sesuatu perkara ada baik buruknya...

...pilih apa yg dikehendak
baik buruknya kesan pada diri
timbanglah dgn bijak
agar nanti berfaedah pd diri...

hu3 ok la kot... cukup utk mlm ni~~~ salam sumeee

i ♥ phg...
MohdIzwan MdYusof JAZZ ROLL,
perintah manusia bleh lg diingkari,
tp jgn perintah Allah dan rasulNya,
namun manusia diselimuti duniawi,
walau ditegur masih lagi diingkarinya.

Ahm Azizul Rosdi
Org bergajah 2 beranak..
berenti penat di pulau rusa...
xpasei2 koi kena tidokn anak..
habisnya bangun dengor koi ketawa...
(mampuih melayan geng2 ni...)

Abdullah Hj Abdul Malek kakahkah,,,
paku tak makan si kayu resak,
tajamkan paku dengan kikir;
geli ya amat sampai sesak,
cerita sulauo dalam dibuatnya langsir.

Rohayati Abdul Ghani Mana geng2 lame..yang hebat berpantun?Cik pu..Saudara Arb Doll..

Rohayati Abdul Ghani oo..Cik pu ada..hehehe x perasan...sori..

Ahm Azizul Rosdi Xsggup doran nk jawap pantun AHAM te...koi pun ngeletor naip ni nahan gelok...hahahaha

Rohayati Abdul Ghani Yang Marisa:
Orang bergajah dua beranak,
Berhenti rehat di Pulau Rusa,
Keutamaan kita suami dan anak,
Keperluan sendiri kadang terlupa..

Jazz Roll
bior lmbt asal selamat,
itu pesanan org dahulu,
bila bekerja malas yang amat,
time balik dia yg dulu...

Akhi Firdaus
keutamaan isteri pada suami,
diri sendiri kekadang dilupa,
pengorbanan murni cinta hakiki,
InsyaAllah diberi balasan syurga..

Akhi Firdaus
seluo dalam dibuatnya langsir,
masing2 punya kehendak,
janganlah perangai serupa lagsuir,
sampai tengah malam ketawa terbahak2..

Dangwangi Ahmad Hazmi
Apa perintah orang banyak,
Asalkan saja perkara bahgia,
Puas berenang kita berkayak,
Jatuk ke laut padahnya dia..

Abdullah Hj Abdul Malek
tingkap berdaun siap berlangsir,
hari malam lupa ditutup;
bukan lima enam helai dibuatnya langsir,
cukup sehelai buat penutup.

Ahm Azizul Rosdi
Haaa...jdla wei b'pantunnye...akhi dah maroh te dye nok tidur...xdaye dah koi nk geloknye..pelan2 la koi beransur...slmt mlm rhodong2..

Yang Marisa
aik... nape saye kak rohayati??
hu3
pada anak n suami sentiasa setia....
keperluan sendiri kadang terlupa
kasih ibu membawa ke syurga
...pengorbanan isteri jgn dilupa....

Abdullah Hj Abdul Malek
udah le tu wei... koi nok beransur dulu ye... jumpa esok lagi...
kita pantun pantun lagi...

Ghannaz Murung
best gler owk sume berpantun..koi minat betoi

Makcik Anha
apa perintah orang banyak,
asalkan saja perkara bahagia,
memang itulah yg kita mintak2,
tp... dosa pahala kena gak ambik kira.

Jazz Roll
asal sntn dr kelapa,
asal kutu dari kepala,
xnk jd org nak jadi apa,
duk ngisap dadah di senjakala...

Alam Shahbana
xnak jd org nak jad apa,
duk hisap dadah disenja kala,
kalau dh jad gitu xleh uat apa,
menyusahkan org dan diri sendiri saja.

dari pantun memantun pada 10hb November 2010. di http://www.facebook.com/ILOVEPAHANG#!/ILOVEPAHANG/

Tuesday, November 16, 2010

BEBUAL DGN KAK TIMAH...

berbual dgn kak timah,
kak timah: salam
aku: salam gaya korban
kak timah: salam aidiladha, aok sihat?
aku: sesama.. sihat..
kt: bz ke? sory la klu ggu
a: ada le keje sikit..
kt: bt keje dlu, nnt x siap pulok
a: yup.. kita smbang sat lagi..
kt: ok nevermind
a: wahh dasat kakak aku ni, skeaping london, org sekolah
kt: skolah xtinggi pn, 5 tingkat je, hahaha
a: hehehe kita skolah, gendah skit 4tingkat, tingkat mangkok sing, mangkok tetingkat tu
kt: hahaha, klakor2, akak ni pandai tu x la, tp bole la ckit2
a: hehehe buat klakor ni ta payoh beno otak kena katon le jgn jadi katon udah le
kt: xyah la smpi jd katon pulok, klu nk tau klako ke x aok try masuk Raja Lawak
a: hehehe, tak yah le, nnti org gelak smpi keras perut, susahkn koi aje nnti
kt: pasei pe pulok aok yg susah?
a: puas lak nak kena tepon spital nak nganto masuk wad, perut keras sbb banyok ketawa
kt: ingtkn tertlan batu
a: hehehe, tertlan batu giling
kt: aok jgn la bt pedooh sgt, xkn la bt giling pn nok tlan
a: dah tu yg nak ditlan nye, gasak le, tekok cam tekok badak air, dok nganga bukan main beso
kt: kalo dah gitu gayenye x payoh la aok msuk raja lawok tu ye, bahaye ngat, bt je keje aok skrg ni, ada gj
a: hehehe, jgn dok gelak smpi keras perut kak oii, hehehe kang masuk spital, esok nak gaya kita
kt: bkn esok weh, lusa, xcited sgt aok ni nok raye
a: kita ckp aje, esok, kita tau, lusa, esok tu, ckp Jasin, comin soon
kt: eee anok betuah btol aok ni!! plezzz la
a: hehehe
kt: org Mlk mmg ckp cmtu ke?
a: koi ni mmg otak katun, akak jgnle marah ye
kt: xmaroh, geramm ade la

Thursday, November 11, 2010

HATI AKU TERBAKARRRR!!!!!!

hari ini...
ada satu perkara telah terjadi ke atas aku petang tadi...
aku hantar adik aku pergi amek peksa kat unversiti dia.. kat Melaka..

selepas aku menghantar dia, aku terus ke kedai kakak aku, Melaka...
sebelum aku ke kedai kakak aku,
aku terus lalu di hadapan kedainya, terus menuju ke rumah kakak ipar aku..
tak jauh dari situ...
cuma untuk melihat aje... kerana tahun depan dia akan melangsungkan perkahwinan anaknya...
itu satu kisah yang lain...

selepas itu, aku pusing semula...
ke kedai kakak aku...

dah dekat sampai kat kedai kakak aku...
ada satu makhluk CINA LOHONG, MANA ENTAH!!!
AKU NAMPAK DIA DOK MASUK SIMPANG...
KERETA TOYOTA KE... KERETA HONDA...
TAPI KERETA MAHAL LAH.. BARU LAGI...

LEPAS TU DIA...
CINA HAWAU NI... DOK TERUS PUSING DAN NAK KELUAR...
KEPALA KERETA DIA DAH KELUAR KE LALUAN AKU..
AKU DAH DEKAT... CELAKA PUNYA CINA..
AKU PUN HON LAH... SEBIJIK... PON.
TIBA TIBA...
DENGAN MUKA MACAM SIAL...
DIA BUKAK PINTU KERETA.. KELUAR KERETA... MACAM GENGSTER..
MUDA LAGI CINA LAHANAT NI...
TUJU KAT KERETA AKU... DATANG KAT TINGKAP KERETA AKU...
"LIIIANCAU LAH" SAMBIL TUNJUK JARI TENGAH KAT MUKA AKU...
CINA HAWAU TU MAKI AKU...
AKU PUN...
SERTA MERTA TELINGA AKU... BERDESINGGGGGG...
AKU CAKAP...
"LU TAK NAMPAK GUA DATANG... TIBA TIBA LU KELUAR..."
"LU KASI KELUAR KERETA, GUA SUDAH DEKAT, LU TAK NAMPAK KE"
"LU TAK TAU BERENTI KE"

kakak aku pun datang...
CINA LAHANAT TU... NAMPAK KAKAK AKU DATANG...
DIA TERUS MASUK KERETA.. TERUS CABUT...
LARIIIIIIIIIII...

belum sempat aku nak keluar kereta dia dah cabut...
aku parking kereta... kat kedai kakak aku...
aku keluar kereta...
aku cakap kuat kuat...
aku sumpah seranah CINA LAHANAT TU...
BIARRRR SEMUA CINA CINA KAT KEDAI KEDAI MAKAN CINA
KAT KEDAI KAKAK AKU TU DENGARRRRR....
AKU MEMANG SENGAJA... CAKAP KUAT KUAT...

SEMUA CINA CINA TU NAMPAK APA YANG BERLAKU... MASA TU...
SORANG PUN TAK BERANI NAK MANDANG MUKA AKU!!!
MEMANG SIAL CINA LOHONG TU...
AKU SUMPAH SERANAH BERBAKUL BAKUL...

KALAU CINA LAHANAT TU... TUNGGU LAGI TADI.. MEMANG AKU TUNJAL TUNJALKAN MUKA DIA...
MENTANG MENTANG DAH KAYA... DAH ADA KERETA BESAO..
BERLAGAK MACAM SIAL.. TUNJUK LAGAK... TUNJUK SOMBONG.. TUNJUK KURANG AJARRRR DIA...
PUUUUOOOOHHHHWWAAAAAAHHHH...
BUKAN MAIN BERLAGAK LAGI...
TAK BOLEH NAK SENTUH PULAK...
INGAT JALAN TU BAPAK DIA PUNYA KE...
BARUA PUNYA CINA...
KALU BERGADUH TADI...
NANTI CAKAP PERKAUMAN PULAK..
KALU DIA BUAT PERANGAI MACAM SIAL...
AKU JUGAK YANG SALAH...
BARUA PUNYA CINA...
MACAM MACAM AKU SUMPAH SERANAH...
BIARRRR SEMUA CINA CINA TU DENGAR...
APA AKU NAK CAKAP...

AKU...
BETUL BETUL ANGIN TADI...
BADAN AKU MENGELETARRRR...
NAHAN SABARRR...
NAHAN MARAH AKU...

Saturday, October 30, 2010

BILA PANDANGAN PERCAKAPAN PERBUATAN...!!!???

Bila pandangan mata mula keliru
Bila percakapan merepeknya tak tentu
Bila perbuatan peliknya terlalu
Itu tanda badan
Dah...
Dimasukki SETAN SYAITAN JIN ataupun HANTU !!!

Maka
Jangan berlengah
Carilah dukun pawang ataupun doktor sakit otak!!!

Jangan biarkan melarat
Sehingga menyepak kertas di jalanan
Merepek merapu tak berbutir percakapan
Meraban merabung tak tentu hala tujuan

Entah apa yang dicari
Sepanjang kaki lima sepanjang jalan
Berembun berhujan tak kesejukkan
Berjemur berpanas tak rasa perit pijarnya
Panasnya mentari sebesar dulang

Badan letih lesu pun
Mata tak mau pejam
Badan berbau tegik pait
Tak jumpa paip timba atau perigi
Air tak kena badan tak reti lagi mandi
Sabun apatah lagi
Tak kenal syampoo tak kenal berus gigi
Tapi yang peliknya
Tak pulak berkudis berpanau berkurap
Baunya jangan lah cakap
Lebih kurang sikit lagi
Macam bau zirafah

Alah tuan...
Tolonglah carikan ubat
Carikan penawar
Carikan dukun pawang atau doktor otak!!!
Jangan biarkan melarat!!!

Kesian sungguh!!!
Dah tak kenal manusia ataupun haiwan
Dah tak tau hari
Dah tak ingat bulan
Dah tak reti sembahyang
Dah terlupa tuhan
Dah tak kenal sejadah
Dah tak ingat bulan Ramadhan

Ubatkanlah!!!
Kesian sungguh
Ruginya menjadi manusia
Ruginya menjadi muslim
Ruginya umur yang diberi tuhan!!!

Dulu
Badan sihat
Gemuk setongkol
Macam beras siam seguni
Dulu
Otak cergas bergeliga
Habis semua
Orang nak diakalkan
Dulu
Beriman
Bersolat belakang imam
Dulu
Cakap semua bernas
Kalau selipar buruk putus pun boleh dijual

Tolonglah!!!
Jangan biarkan!!!
Kesian kesian kesian!!!
Carikan ubat
Carikan penawar!!!
Jangan biarkan otaknya mereng!!!

Friday, September 17, 2010

DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARAKU

DEMI AGAMAKU!!!
DEMI BANGSAKU!!!
DEMI NEGARAKU YANG TERINDAH INI!!!
DEMI NEGARAKU YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN
DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA INI!!!

JIKA ADA SESIAPA YANG MELUDAH AGAMAKU!!
JIKA ADA YANG MELANGKAH SULTAN RAJAKU!!
JIKA ADA YANG MENGKHIANATI NEGARAKU!!!
JIKA TANGAN TANGAN AKU TERIKAT UNTUK
MENGHUNUS KERIS PEDANG DAN TOMBAK!!!
JIKA TANGAN TANGAN AKU TERIKAT UNTUK
MENGANGKAT BATANG BESI BERISI PELURU BERBENET!!!
AKAN KU BENTANG SEJADAH DI MALAM HARI!!!
MELEMPARKAN PANAH PANAH MALAM!!!
TAHUKAH KAMU!!!
APA ITU PANAH PANAH MALAM!!

ALLAH HU AKHBAR!!!
ALLAH HU AKHBAR!!!
ALLAH ALLAH HU AKHBAR!!!
PEMUDA PEMUDI ISLAM BANGUNLAH!!!
SYIAR ISLAM KITA GERAKAN
MARI KITA MEMUJI MARI KITA MEMUJA
KALAM TUHAN!!!

Tuesday, September 14, 2010

salam aidilfitri 1431

salam alaikum
salam aidilfitri
salam Syawal
salam salam salam semuanya
Menjadi ikatan silaturrahim
antara kita sesama muslimin
kukuh bagai besi waja
pejuang dan benteng
pahlawan bangsa mulia
Demi Agama Bangsa dan Tanah Bertuah ini!!!

Cukuplah Awang (loghat Jasin, Melaka)

Cukuplah Awang,
Kesian kat ayah,
Cukuplah hisap dadah tu.
Baliklah Awang tolong ayah buat keje kat baghuh.
Penyengat lebah tebuan janji dah
Engkau dia tak gigit.
Kebau kat baghuh ajak engkau bekubang,
Kambing ayah ajak engkau panjat bukit,
Ayam laga ajak engkau main hantu galah.

Baliklah Awang,
Ayah nak ajao engkau sembahyang beghiman,
Tak pasal pasal engkau dok mengira bulan bintang.

Awang,
Engkau kan lelaki,
Buat apa tak pandai pilih heghoin,
Cuba dulu makan petai, tak payah mencekik ganja.
Tinggalkanlah daun ketum, cuba pulak makan ma'ajun.

Awang, belajao makan bubur lambok,
Mana tau boleh ganti ubat batuk.
Tinggalkanlah dadah hei Awang,
Pepagi ikut ayah pegi nogheh getah,
Tinggalkanlah syabu ecstacy,
Balik ke ghumah mak ghebus tongkat Ali.

Awang,
Dulu engkau gemuk gedempol,
Sekaghang ni kughus cekeding, lawa lagi kucing.

Cukuplah Awang,
Ayah ingat lagi jaman engkau bebudak pandai cabut ubi,
Ayah ghindu nak tengok engkau pikul padi bubuh dalam goni.
Ayah suka tengok engkau dok kat dangau taghik layuk halau bughung,
Mata dok keghling anak Kalsom.

Jaman engkau kekecik
Ayah warning kat tikus jangan beghambat, takut engkau tekejut.
Ayah sms kat katak sughuh panggil hujan,
Nak engkau tidor panjang.

Bila engkau besao engkau jadi hanyut.
Dipada engkau mencekik benda busuk,
Baik engkau makan ghumput.
Sedap mata tengok engkau gemuk.

Cukuplah Awang,
Baliklah ayah nak engkau jadi oghang.
Ayah pial, ayah debik, bukan benci kat engkau.
Mak engkau beghaduh dengan ayah
Memalam,
Mak engkau laghi kepit kampit,
Engkau tetap
Mak engkau menangkan.

Kalu tin Milo ayah tu mahal,
Ayah nak gadai
Nak caghi petua dadah ganja,
Nak engkau tinggalkan.

Awang,
Kita bukan oghang kaya.
Ayah nogheh getah, mak engkau jual gambir.
Kalau engkau beghenti isap dadah,
Kulit engkau lembut macam kulit ayah.
Tinggalkanlah dadah tu Awang.
Baliklah mak nak ajar engkau sembahyang.

hasil ilham:
Brahim - Kuala Berang
Jadilah Awang - Sajak Kuala Berang...