Sesungguhnya aku amat mengkagumi Mahathir
Biar berjuta orang mengata dan mencaci
Tetap aku mengasihi dirinya
Bukan apa yang dia telah lakukan untuk negara tercinta ini
Tetapi
Aku melihat lebih daripada itu
Ku lihat
Dia pernah mendapat kelebihan
Yang tidak diperolehi oleh orang Melayu yang lain
MEMASUKKI KAABAH!
BERDOA DAN BERSOLAH DI DALAMNYA!
Itulah orangnya bernama Mahathir
Bagi aku
Sesungguhnya aku memandangnya amat tinggi nilainya
Ingin aku bertanya
Siapakah lagi di dalam Malaysia ini yang telah mendapat TUAH ITU!
Apakah Kaabah bagi diri seorang Islam
Kaabah
Kaabah adalah KIBLAT SEKELIAN MAKHLUK MANUSIA DAN JIN
Oleh itu
Aku amat mengasihi Kaabah
Seperti mana Rasulullah SAW amat mengasihi Kaabah
Dan aku amat mengasihi seorang Melayu bernama Mahathir kerana itu.....
AJIJASIN JANUARI 2008
2 comments:
Betul tu Aji, saya setuju. Kalau diikutkan kata si AnWAR AlJuburi, beliau dibuang/ dipecat dari jawatan TPM adalah kerana konspirasi seorang insan bernama Mahathir yang orang2 hamPAS memberi label Maha Firaun. Dan yang paling teruk tuduhan yang dilemparkan pada AnWAR adalah kerana salah laku seks menjadi makhluk dua alam yang pernah dilaknat oleh Allah seperti kaum Nabi Lut.
Jika difikirkan itu adalah tuduhan yang paling berat untuk diterima oleh orang Melayu hatta seorang yang beragama Islam. Kalau di negara US atau barat, perkara tu dah menjadi hak individu (tu sebab AnWAR suka ke Amerika je!!!). Jika tuduhan itu sengaja direka, maknanya Mahathir telah menganiaya AnWAR dan jika AnWAR berdoa kepada Allah, tentu sahaja bala dari Allah turunkan kepada Mahathir on the spot. Bagi orang beriman, tentu percaya terhadap janji2 Allah, doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.
Tapi apa yang berlaku selepas AnWAR dipecat dengan dengan seburuk2 tuduhan tadi?? Dr. Mahathir boleh melakukan ibadat haji di Mekah dan cukup memeranjatkan saya beliau boleh melakukan solat di dalam Kaabah tanpa ada perkara2 pelik yang berlaku terhadap beliau.
Dan sehingga kini, beliau masih sihat dan saya doakan Dr. Mahathir, seorang negarawan dan pemimpin agung Malaysia akan terus memberi buah fikiran yang bernas untuk Malaysia.
Tetapi pernahkah orang2 yang mengaku dirinya terlalu Islam sehingga melabelkan orang lain dengan gelaran kafir laknat dan merasakan syurga untuk mereka sahaja memikirkan tentang peristiwa ini? Sehingga kini juga, pernahkah sesiapa rakyat Malaysia pernah terserempak dengan AnWAR melakukan ibadat umrah atau Haji????
Biarkan persoalan ini orang2 hamPAS yang jawabkan?
Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.
Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.
Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Begitu juga yang berlaku dibawah pentadbiran Empayar2 Islam selepasnya spt Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll. Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah. Masing2 menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing2 sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamaddun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.
Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.
Post a Comment