BERBUAL DENGAN YANA....
Sesekali Pensel Menari
Followers
Friday, February 17, 2023
BERBUAL DENGAN YANA....
Wednesday, February 15, 2023
DOA [PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN JASIN [SEJAK 2018]
BISMILLAHHIR RAHMANIR RAHIM
ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN
WASSALATU WASSALA ASRAFIL ANBIYYA IKHWAL
MURSALIN
WA ALA ALIHI WASSAHBIHI AJMAIN
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
KAMI BERMOHON KEPADA MU, AMPUNKANLAH DOSA
DOSA KAMI,
DOSA BESAR, DOSA KECIL, DOSA SENGAJA DAN
DOSA TIDAK SENGAJA, DOSA SEMBUNYI, DOSA TAK TERSEMBUNYI.
AMPUNKANLAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI,
DOSA ADIK BERADIK KAMI, DOSA KAUM KERABAT KAMI, DOSA SAUDARA SAUDARA KAMI, DOSA
GURU GURU KAMI, DOSA MUSLIMIN MUSLIMAT MUKMININ MUKMINAT YANG MASIH HIDUP ATAU
YANG TELAH KEMBALI KEPADAMU.
KAMI BERMOHON BERIKAN KEBERKATAN ATAS
UMUR KAMI.
BERIKAN KAMI KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN,
KEMULIAAN, KEBAIKAN, KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
JAUHKANLAH KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN,
KEJAHATAN, KEMISKINAN, KEPAPAAN, PENYAKIT YANG MERBAHAYA DAN BERPANJANGAN DAN
SELAMATKAN KAMI AZAB API NERAKA.
SATUKANLAH HATI HATI KAMI DEMI PERJUANGAN
YANG KAMI YAKINI INI, DEMI AGAMAMU, DEMI BANGSA KAMI, DEMI TANAH AIR KAMI YANG
TERCINTA INI. BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DALAM PERJUANGAN KAMI INI.
KAMMA SALAYTAALA SAIYYIDINA MUHAMMAD, WA
ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD. KAMMA BARAKTAALA SAIYYIDINA IBRAHIM WA ALA ALIHI SAIYYIDINA
IBRAHIM FIL ALAMIN HAMIDDUN MAJID.
AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.
WAKIL RAKYAT / YANG BERHORMAT / PENGERUSI JKKK / PENGERUSI JPKK / PENGERUSI MASJID / PENGERUSI SURAU / PENGERUSI MASJID LAMA BAHARU... MAHUPUN ENGKAU SIAPA PUN ENGKAU... SEBAHAGIAN DARIPADA KEPIMPINAN... DIDUNIA [TANGGUNG]... DIAKHIRAT [JAWAB].
Sebagai WAKIL RAKYAT tak ada alasan TAK TAHU... kalu tak tahu... boleh ambil tahu dan ambil tahu... jika benar² berkhidmat kepada rakyat... kewajiban ambil kisah tentang apa juga peringkat kehidupan rakyat adalah Wajib dan Tanggungjawab.
Monday, March 23, 2020
Kepada Allah kita Berserah Segala Pengharapan ❤💘
*👻💀🔥* #JANGANPUTUSASADGNALLAH ❤💘 #ALLAHHUAKHBAR ❤ #LAILLAHAILLALLAH ❤💘 #ALLAHSDGMENGUJIIMANKITA ❤💘 #JGNPALINGKNTUMITTUMITKITA. ❤💘 #KUKUHKANTETAPKANIMANKITA ❤💘 #HANYAALLAHTEMPATKITABERSERAHHARAPSEGALAPENGHARAPAN ❤💘
#covid19membawaMAUT 🔥 #MAKA_JAGADIRI_JAGAKELUARGA_JAGAKOMUNITI_JAGANEGERI_JAGANEGARA_JAGAKESIHATAN👍🔥
#bersamakitabanterascovid19*🔥
#dukdendiamdirumahdantenang*👍
#covidwabakpenyakitbawaMAUT*🔥
#kuarantindiri14harini*🔥
#BERSULUKKITAMEMOHONPDILLAHI
#bersamakitabanterascovid19*🔥
#jikaragubuatSARINGANDIRIdiHospital*👍🔥
👍😎🤗😊🇲🇾
[✋❌🤚] #kuarantindiri* >> jika boleh elakkan bersentuhan dgn kawan² yg berkunjung dan kita berjumpa di luar
>> *kita tak tahu dgn "siapa" kita berjumpa, dgn "siapa" kita bersalam dan kita sendiri tak tahu "siapa kita" ketika ini #covid19)*??!!
💀👻🔥🤚✋🤗😎🇲🇾
😷👍🔥🇲🇾🌏🇺🇳🎤🛠💊🛡📣📢🏴☠🚩🆘❣❤🆒🆗☪💯✋🤚
Saturday, September 1, 2012
CERITANYA ORANG MELAYU
DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN
DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA
DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI
DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI
DULU SEMALAM
ORANG MELAYU
DENGAN TAKDIR ILLAHI
TERKEJUT TERJAGA
BAGAI BANGUN DARI MIMPI
ORANG MELAYU BIMBANG TAKUT NGERI
TETAPI
ITULAH YANG BENAR ITULAH YANG REALITI
MALAYAN UNION WAJIB DIPERANGI
SAYANGNYA ORANG MELAYU
PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA
ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !
SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU
BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI
HARI BERGANTI
HARI BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN
JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !
BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !
SEMUANYA
KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !
WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
MENCARUT MENCABUL MENGHAMUN MEMAKI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI
ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI
MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI
KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI
MASIH BELUM LAGI SEMPURNA
KINI
ORANG MELAYU
ORANG TUA TELAH TIADA
UNTUK MENEGUR MEMBERI KATA
ORANG TUA BUKANNYA TIADA
TETAPI TELAH BISU PEKAK TAKUT DAN BUTA
WAHAI ORANG TUA,
IBUKU BAPAKKU
NASIHAT ATAU TEMPIKKAN SAJA PADA MEREKA !
PADA MEREKA YANG MUDA-MUDA ITU
MANA YANG SOPAN MANA YANG MENJOLOK MATA !
AKAN TAPI ORANG TUA
IBU IBUKU BAPAK BAPAKKU
KINI PEKAK TELINGANYA
BUTA MATANYA
BISU MULUTNYA
KERANA MEREKA JUGA
GUGUR DENGAN KEJAYAAN INI DAN KEMEWAHAN INI !
KERANA MEREKA
TERLALU MEMANJAKAN ANAK-ANAK MERDEKA INI
KERANA MEREKA
TERLALU MUAKAN ANAK-ANAK MERDEKA INI
KONONNYA
CARA IBU BAPA MEREKA DAHULU KOLOT
CARA IBU BAPA MEREKA SUDAH KETINGGALAN ZAMAN
TETAPI MEREKA LUPA
ITULAH CARA YANG TELAH MENJADIKAN
MEREKA MENEMPA KEJAYAAN!
MENEMPA KECEMERLANGAN!
MENEMPA KEGEMILANGAN!
MENEMPA KEHORMATAN!
PEPATAH ORANG TUA
SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !
ORANG MELAYU
DULU
KOSONG PERUTNYA RINGAN TULANG
SENANG DIBAWA BICARA
KINI
PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA
ORANG MUDA MULA ALPA
ORANG MUDA MULA LEKA
ORANG MUDA KURANG AJARNYA ENTAH MENGAPA
ADAKAH TELAH BIJAK PANDAI DARI YANG TUA
KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA,
MENDERHAKA
HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA
JANGAN LUPA ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI
JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN
INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN
ANDAINYA
DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !
CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !
CORETAN INI TELAH DIHADIAHKAN UNTUK :
YABhg TUN DR. HJ. MAHATHIR BIN MOHAMMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4
AJIJASIN CATATAN : JANUARI 2003 – SEPTEMBER 2004.
Wednesday, September 7, 2011
MELAYU ITU... -USMAN AWANG
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
Tanah sebidang mudah terjual,
Meski telah memiliki telaga,
Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba..
- Petikan nukilan "Usman Awang"
Friday, September 2, 2011
SALAM AIDILFITRI 1432Hijrah SALAM MERDEKA 2011Masihi
Salam Aidilfitri
Salam Syawal
Salam Merdeka
Salam salam salam semuanya
Menjadi ikatan silaturrahim
Antara kita sesama muslimin
Kukuh bagai besi waja
Pejuang dan benteng
Pahlawan bangsa mulia
Demi Agama Bangsa dan Tanah Bertuah ini!!!