Followers

Wednesday, June 17, 2009

MELAYU DAN RAJA SULTANNYA

MELAYU DAN RAJA SULTANNYA.

ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAT
ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAB
MELAYU ITU ISLAM
MELAYU TAAT SETIA PADA RAJA SULTANNYA

ZAMAN BERZAMAN MELAYU PERCAYA
ADANYA TUHAN
MELAYU BANYAK PETUA DAN FALSAFAHNYA

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
AGAMANYA JANGAN ENGKAU LUDAHI
MAUT PADANYA NANTI

RAJA SULTANNYA JANGAN ENGKAU LANGKAHI
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING
BERCERAI NYAWA DARI BADAN KAMU NANTI

BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
HIDUPNYA MELAYU BIAR MISKIN HARTA
JANGAN MISKIN BUDI BAHASA

MERDEKANYA MELAYU DENGAN GEMA
MERRRRRDEKAAA!!!!!!!

BUKAN KECIL LANGKAH MELAYU
HAMPIR LIMA ABAD MENJADI HAMBA
BERMANDI DARAH DAN KERINGAT
MEMBASAHI TANAH BERTUAH INI
TANAH INI MELAYU EMPUNYA.....!!!!!!!!

AJIJASIN

16 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...MUNGKIN SKRG TANAH MELAYU NI MASIH MILIK KITA..TP 20, 50 TAHUN AKN DTG? KLU ANAK CUCU KITA X DI AJAR DGN SEMANGAT CINTA KN TANAH AIR ATAU X DI AJAR DGN SEJARAH MAKA HABIS LA TANAH MELAYU AKAN DI JAJAH OLEH SI PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA!..NAUZUBILLAH

Arif Omar said...

selamatkan blog anda dari di delete secara otomatik dari mereka yang tak bertanggungjawab. pada blog anda masih ada ikon flag blog di atas sekali. sila buangkan. ikuti langkahnya di ;http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html

Lin said...

SALAM SDR AJIJASIN

SELAMAT DAN SEBAGAI MENUNJUKKAN SUPORT SAYA KEPADA ANDA SAYA SUDAH MENKADI FOLLOWER BLOG SAUDARA

SALAM PERSAHABATAN

Arif Omar said...

sedapsedap semua dan puitis amat puisi anda ini. tahniah.

PUTRAKENCANA said...

Salam ziarah dari saya Putrakencana,
Teruskan perjuangan kita bagi menyedarkan pengkhianat Melayu yang diperkudakan oleh DAP laknat itu.

Berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi kelangsungan anak cucu kita nanti. Jangan mereka merempat di tanah tumpah darah tok nenek mereka.

Kang nasir said...

aslmkum.w.w.
suatu masa mungkin kita jadi org asing dibumi sendiri,
lihat saja negara jiran kita S'gpore.

saya dari keluarga daif,
bersyukur nikmat yg ada,
berterima kasih pada mereka pejuang bangsa,
namun sikap melayu,
hasad dengki sentiasa ada,
fitnah & nista dilemparkan asal tercapai kepuasan dicita.

semoga kita tergolong dari melayu ISLAM soleh,
yg memperjuangkan agama & bangsa,
bukan memperjuangkan agama utk kepentingan semata.

ampun maat keterlanjuran bicara,
saya hanya maanusia biasa,
salah silap maaf dipinta.

Kuda Perang said...

MERDEKANYA MELAYU BUKAN DENGAN GEMA MERRRDEKA, TETAPI SEBENAR2 MERDEKA IALAH MERDEKA JIWA DAN RAGA DARI PENJAJAHAN FIZIKAL DAN MENTAL...!!!!

Kuda Perang said...
This comment has been removed by the author.
Kuda Perang said...

SIAPA YANG MENGANUGERAHKAN SINGAPORE KEPADA BANGSA ASING???? SIAPA YANG SERAHKAN PULAU BATU PUTIH KEPADA SINGAPURA??? SIAPA YANG JUAL EMPANGAN LINNGIU KEPADA SINGAPURA??? SIAPA??? SIAPA??? SIAPA???

mail lambong said...

tak habis-habis semangat melayu nya..

jadi-jadi lah tu..

sekarang zaman duit dan kuasa bro..pasal duit dan kuasa melayu pun kena tipu..

aku bagi contoh yang mudah untuk memperlekehkan semangat melayu kamu tu..

calon melayu ini adalah pengkhianat melayu sebab terlibat dengan rasuah,berjudi dan kaki perempuan sundal dan meninggalkan solat tetapi oleh kerana pengaruh kuasa dan wang beliau berjaya memenangi hati pengundi melayu dalam sesuatu pertandingan ataupun pilihanraya.kesimpulannya melayu yang berkokok ibarat ayam betina ni takkan kemana kecuali dengan cara menjatuhkan golongan pengkhianat islam tersebut.iaitu dengan cara jangan undi calon-calon yang tidak bermoral.

p/s bersorak dan melalak takkan ada hasil jika masih menyokong.

Kuda Perang said...

Saya sokong Tungaklangit.

Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.
Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.

Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Begitu juga yang berlaku dibawah pentadbiran Empayar2 Islam selepasnya spt Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll. Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah. Masing2 menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing2 sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamaddun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.

Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.

Kuda Perang said...

Pantun oleh Tuan Guru

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Detguaq said...

Salam aji,

Lama tak berkarya...

Ashley Ahmed said...

Salam,

PAS4All, DAP didahulukan, Kuil diutamakan.

salam merdeka aji.

Kuda Perang said...

1Malaysia; Rakyat Dudahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Yalah tu Junass..BETULL..
Melayu Dihina, Cina Dicaci, Hindu Dimaki.

Ashley Ahmed said...

Salam aji,

eid mubarak,

pas4all, DAP didahulukan, kuil di utamakan!